Tutorial Canva Membuat Kad Jemputan Sempena Hari Bapa

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan tutorial canva membuat kad jemputan sempena hari bapa kepada 5 orang peserta. Kelas yang diadakan telah mengikut SOP yang ditetapkan seperti mencatat nama peserta, pengesanan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran dalam membuat kad jemputan menggunakan canva.

Selain itu, tutorial seperti ini dapat meningkatkan lagi hasil seni kreatif dalam diri peserta dan memudahkan mereka untuk melakukan tugasan penghasilan kad ataupun poster pada masa yang akan datang. Pendedahan kelas seperti ini mampu melahirkan komuniti yang berkemahiran dan berbakat menghasilkan hasil reka bentuk grafik yang menarik dengan mudah. Konklusinya, semua peserta dapat memahami tutorial yang diadakan dan dapat menghasilkan kad ucapan yang menarik untuk dihadiahkan kepada bapa mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali